MAJLIS PENYAMPAIAN PERAKUAN PENDAFTARAN PERANCANG BANDAR BERDAFTAR DAN SESI LIBAT URUS BERSAMA PERTUBUHAN PERBADANAN BERKENAAN PENYEDIAAN KAJIAN PERANCANGAN

Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengadakan Majlis Penyampaian Perakuan Pendaftaran Perancang Bandar berdaftar dan Sesi Libat Urus bersama Pertubuhan Perbadanan berkenaan Penyediaan Kajian Perancangan di Dewan Seri Seroja, Putrajaya pada hari ini.

Majlis Penyampaian Perakuan Pendaftaran Perancang Bandar berdaftar telah disampaikan oleh YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli (Pengerusi LPBM) dan diiringi oleh YBrs. TPr Md Nazri bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia), YBhg. Datin TPr Hajah Noraida binti Saludin (Presiden Malaysian Institute of Planners-MIP) serta TPr Zamirzan bin Puji (Pendaftar LPBM) kepada sembilan (9) orang ahli baharu yang diluluskan oleh Mesyuarat LPBM Bil. 2/2023 dan Bil. 3/2023 yang lalu.

Program diteruskan dengan Sesi Libat Urus Bersama Pertubuhan Perbadanan Berkenaan Penyediaan Kajian Perancangan yang membentangkan dua (2) kertas pembentangan iaitu:

1. Kertas Pembentangan satu (1) dengan tajuk Hala Tuju Penyediaan Rancangan Pemajuan yang dibentangkan oleh YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib merupakan Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) PLANMalaysia. 

2. Kertas Pembentangan dua (2) dengan tajuk Tatacara Perolehan Perkhidmatan Perunding yang dibentangkan oleh Puan Wardiyah binti Senik merupakan Ketua Unit, Unit Penyelarasan Projek (UPP) PLANMalaysia.

LPBM mengucapkan terima kasih kepada Firma Perunding Perancang Bandar yang sudi menghadiri dan memeriahkan program.

TOP